Dewasa kini,banyak kemajuan dan teknologi yang semakin meningkat.Walaubagaimanapun,persaingan semakin dirasai.Persaingan ini bukan saja berlaku antara orang bekerjaya tetapi juga kanak-kanak.
Kanak-kanak sering didedahkan dengan persaingan yang berlaku di dunia ini.Namun pernahkah anda terfikir bahawa sedikit sebanyak kita telah mengajar mereka membentuk sikap pentingkan diri.Malah,statistik menunujukkan bahawa tekanan emosi di kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat.Mereka lebih rela menjadi predator berbanding prey.Oleh itu,banyak kes seperti sabotaj,mengkhianati kawan dan buki sentiasa berlaku.
Sememangnya,sikap persaingan itu bagus.Namun ibu bapa mahupun guru harus memastikam bahawa mereka benar-benar tahu akan persaingan yang sebenar.Tanamkan sifat menang bukan segalanya.Saya percaya jika generasi akan datang didedahkan tentang persaingan yang amat dasyat di dunia ni,mereka sedikit sebanyak akan takut dengan masa depan sehingga sanggup melakukan jenayah dalam memastikan kejayaan mereka.Biarlah mereka melakukan sesuatu yang disukai tanpa mengira risiko yang dihadapi.........
sharing is caring
ReplyDelete